Rogers Centre
Rogers Centre

Rogers Centre

Rogers Centre (asalnya SkyDome) ialah stadium pelbagai guna yang terletak di Downtown Toronto, Ontario, Kanada. Stadium ini dibuka pada tahun 1989 dan menjadi venue bagi pasukan Toronto Blue Jays yang bertanding di Major League Baseball (MLB). Stadium ini pernah menjadi gelanggang utama bagi pasukan Toronto Argonauts yang beraksi Canadian Football League (CFL) dan Toronto Raptors di saingan National Basketball Association (NBA). Pasukan Buffalo Bills dari National Football League (NFL) juga beraksi dalam siri setiap tahun di stadium ini bagi kejohanan Bills Toronto Series dari 2008 hingga 2013. Selain melangsungkan perlawanan sukan, stadium ini juga menjadi hos kepada perkara penting seperti konvensyen, konsert, karnival pelancongan, sarkas, acara monster truck serta ekspo perdagangan.Stadium ini bertukar nama menjadi "Rogers Centre" selepas pembelian stadium yang dilakukan oleh Rogers Communications pada tahun 2005. Syarikat itu juga merupakan pemilik kepada pasukan Toronto Blue Jays.[1][12] Stadium ini menjadi stadium terakhir MLB di Amerika Utara yang dibina untuk melangsungkan sukan besbol dan bola sepak. Stadium ini menjadi pentas kepada acara pembukaan dan penutupan Sukan Pan Amerika 2015.[13]

Rogers Centre

Alamat 1 Blue Jays Way
Pemilik Rogers Communications
Saiz Padang Garisan Padang Kiri – 328 ka (100 m)
Kiri-Pusat – 368 ka (112 m)
Kiri-Pusat Power Alley – 381 ka (116 m)
Pusat Padang – 400 ka (120 m)
Kanan-Pusat Power Alley – 372 ka (113 m)
Kanan-Pusat – 359 ka (109 m)
Garisan Padang Kanan – 328 ka (100 m)
Backstop – 60 ka (18 m)
Nama silam SkyDome (1989–2005)
Permukaan AstroTurf (1989–2004)
FieldTurf (2005–2010)
AstroTurf GameDay Grass 3D (2010–2014)
AstroTurf 3D Xtreme (2015)
AstroTurf 3D Xtreme dengan dirt infield (2016–kini)
Pecah tanah 3 Oktober 1986
Lokasi Toronto, Ontario, Kanada
Dibuka 3 Jun 1989 (sebagai SkyDome)
Perkhidmatan jurutera The Mitchell Partnership Inc.[10]
Kapasiti Besbol: 41,500[3]
Bola sepak Kanada: 31,074 (diluaskan kepada 52,230)[4]
Bola sepak Amerika: 53,506[5]
Bola sepak: 47,568
Bola keranjang: 22,911 (diluaskan kepada 28,708)[6]
Concerts: 10,000–55,000
Pentadbir Rogers Stadium Limited Partnership
Rekod kehadiran WrestleMania X8: 68,237 (17 Mac 2002)
Kos pembinaan $570 juta[7][8]
Jurutera struktur Adjeleian Allen Rubeli Ltd.[9]
Arkitek Rod Robbie, Robbie Adjeleian NORR Consortium
Kontraktor am EllisDon Construction

Rujukan

WikiPedia: Rogers Centre http://www.cbc.ca/news/canada/toronto/skydome-now-... https://web.archive.org/web/20150630233544/http://... http://www.sportingnews.com/mlb/story/2014-06-04/s... https://www.sportsnet.ca/mlb/article/new-outfield-... https://www.cfl.ca/index.php?module=newser&func=di... https://web.archive.org/web/20090103002651/http://... http://www.citynews.ca/news/news_25810.aspx http://basketball.ballparks.com/NBA/TorontoRaptors... http://www.cbc.ca/news/canada/you-win-some-you-los... http://espn.go.com/blog/mma/post/_/id/1621/inside-...